Where's Malaysian attitude?

Pasar malam adalah tempat yang paling bahagia untuk orang bujang ah. Semua benda korang leh dapat kat situ, roti john ker, jagung ker, air tebu, even kasut Croc pun korang leh dapat kat pasar malam di Malaysia ini. Betapa istimewanya pasar malam kita, full with variety of thingy in here.

Pasar malam kekadang bukak punya la lama, macam tempat aku bukak dari pukul 3 petang sampai 12 tengah malam. Tak tahu la macam mana keuntungan dan kepenatan mereka mendatangkan hasil yang baik atau tidak. Paling penting mereka mencari rezeki yang halal, tak gitu?

Oh, pasar malam. Keistimewaan di negara Malaysia

Tapi agak menyedihkan, bila aku lihat kembali tapak pasar malam pada keesokan hari. Kekadang aku tak percaya adakah ini sebenarnya sifat tipikal peniaga2 di Malaysia? Mengapa perkara sebegini berlaku? Even my father said to me, "Ei kotornya tempat ni. Sampah bersepah kat atas jalan ni. Ni la our mind, masih lagi cetek." Maaflah rakyat Malaysia, kerana apa yang dikatakan oleh ayah saya adalah betul dan tepat.

Ada jugak one day, aku baru balik dari bershopping kat Jusco Bukit Raja (kot). Aku terpaksa follow satu kereta ni kat belakang. Tiba-tiba, satu plastik sampah dibuang dari tingkap. Ei,rasa nak bagi jer middle finger kat die 2. FB betul die 2 (bukan facebook tau,tapi curse word 2.) Boleh senang-senang je dia toss macam 2. Aku rasa ah, aku nak kutip sampah 2, then baling balik atas kereta 2. Sabo je la

Inilah antara contoh sifat manusia yang bijak bodoh

Satu benda yang aku amat bersyukur, adalah mak ayah aku mendidik aku dengan sehabis baik mereka. Mereka tidak mengajar anak-anak campak sampah keluar dari kereta, buang sampah merata-merata dan sebagainya. Ingat lagi kata-kata abah, "Abah nak anak-anak abah untuk jadi orang yang boleh berguna. Sebab abah tahu, anak-anak abah semuanya pandai dari segi ilmu, tapi dari segi sifat pun kene pandai jugak". Terima kasih mak, abah atas didikan mu yang amat berguna kepada Hilmi dan adik-beradik.

Saya cuba untuk jadi rakyat Malaysia yang bertimbang-rasa, tapi mungkin benda ni sia-sia je kot. Contohnya aku pernah nasihat budak2 jangan buang sampah, tapi leh pulak die balas ngan jeliran lidahnya. Aku kerat lidah kau baru taw budak. Nasib baik tak wat. Bagaimana aku harus lakukan? Benda ni macam virus yang merebak pulak.

Ini aku hanya menberikan satu pandangan aku dari segi attitude (buang sampah) mereka ini. Sedangkan banyak lagi yang kita perlu perbetulkan, contohnya layanan terhadap orang, sikap memandu, dsb. Tapi malas aku nak huraikan, memandangkan korang sendiri sedar apa yang berlaku dekat sekeliling korang. Cuma aku nasihatkan, wahai rakyat Malaysia, janganlah kamu marah terhadap orang yang mengatakan, "Kamu ini semua masih di dalam third class human-minded. Ada otak tapi tak guna.". Sebab benda ni memang berlaku. Beringat-ingat lah, kita adalah manusia, tanggungjawab kepada Allah begitu besar. Kalau kita buang sampah merata-rata pun, kita da langgar tanggungjawab ini. Ingatlah kita, berubahlah kita, maka berjayalah kita.

Chiao!

PS: Kadang-kadang, sifat tipikal ni pun berlaku kat aku. Aku pun manusia, cuma aku cuba elakkan sejauh yang mungkin dari sifat tipikal orang Malaysia ini. Jom, kita pun boleh berubah sama2, walaupun sekecik mana pun. Kan? :D


2 comments

Sharing is caring. Share this article now!

2 comments:

  1. syed syed syed,klu g cameron hg. kan g beli brg2 kat pasar mlm dye taw hehe. agy murah dari kat kedai cyess. juz nk gtaw tue je hehe:P

  1. nice! best jgk 2 kalo ada brang2 murah! leh search len kali...haha..thanks 4 da info! :D

Post a Comment