Past, Present, and Future
Korang masih ingat lagi tak apa yang berlaku pada rentetan hidup anda dari anda kecil hingga kini? Mungkin aku nak kongsikan serba sedikit tentang diri aku secara ringkas, yang penting je la kot. :P
0-5 tahun (tak banyak aku ingat kot):
-Arwah atok kedua-dua belah mak abah meninggal, so tak penah jumpa langsung mereka. Kaklong dengan angah ada memori dengan mereka, so agak jelesla sebenarnya.
-Rasanya hisap botol susu sampai umur 4 1/2 tahun la kot. Paling best bukannya ada susu dalam botol tu,tapi milo + susu tepung.
-Start masuk belajar kat tadika tempat mak dulu, tapi kejap je kot. Mak nak aku belajar kat taski ABIM. Seronok kenangannya.
6-10 tahun:
-Budak paling banyak skandal. Serius dow. 3 orang pompuan penah digosipkan dengan aku. Famous kat sekolah pasal benda tu. Tapi besela, aku deny semua benda 2. Tapi sekarang bila da besar, hot2 gilak mereka tu. Menyesal aku deny. :))
-Jadi ketua darjah, tapi kawan tak suka aku jadi ketua kelas. Sebab aku suka ketuk kepala dorang guna pembaris panjang 1 meter tu. Gile ah.
-Pindah ke sekolah kedua atas sebab tempat aku jauh dengan sekolah pertama. Tapi leceh ah mase tu, banyak benda nak kne wat.
-Mula menjadi nakal @ jahat. Gila babi ah menyesal atas pengaruh kawan2. Memang mase ni zaman kegelapan aku kot. Banyak buat benda yang tidak patut aku buat. Atas balasannya, aku kena lempang, kene sebat tu benda biasa kot. Da lame sikit baru aku jadi baik. Hai, jahil2... =_="
-Pindah ke Taman Keramat, atas sebab mak aku (dulunya cikgu tadika, tapi berhenti sebab penyakit yang menimpa) nak jaga arwah nenek yang menderita sakit kanser payu dara.
11-15 tahun
-Aku pindah sekolah ketiga aku kat Taman Keramat. Pergh, sekolah kampung gitu. Tapi best gile sebab sekolah tu ramai budak2 gile sikit. And first time kene buli. LOL
-Arwah nenek aku meninggal, amat menyedihkan hati sebab first time tengok orang kesayangan kita meninggal di hadapan kita. Menangis la kuat2 sangat mase tu. Tapi abah tenangkan hati aku. Moge2 roh arwah Suminah binti Subari dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah
-Rekod sekolah kot, dari beratus-ratus pelajar di situ. Aku dan 2 orang rakan aku adalah orang yang mendapat 5A dalam UPSR. Gila gempak ah kot, dulu x menonjol, sekarang famous balik kat sekolah tu.
-Pindah rumah sendiri kat Puncak Alam, then pindah sekolah sejauh 20 km just untuk pergi sehala sahaja. Gile ah, nak bertolak dulu sejam lagi awal kot. Haha, takut apa-apa benda terjadi.
-Tawaran ke MRSM Pasir Salak, name gempak gile! Tapi tu ah, sekolah baru tanpa CF selama 2 tahun kot. Tanah runtuh, gangguan makhluk halus secara besar-besaran, semuanya kenangan yang tak dapat aku lupakan!
-Dapat keputusan PMR yang berjaya. Gile tak percaya aku, sebab buat tu main-main je. Tapi semuanya rezeki Allah SWT. Alhamdulillah :)
16-20 tahun:
-Pindah lak ke MRSM Jasin (sekarang MRSM Tun Ghafar Baba). Masa tu aku ambik jurusan akaun kot. Tapi leh lak tiba-tiba berubah hati nak pindah ke jurusan biologi. Yang tak leh bla, aku tak pernah masuk langsung kelas akaun. Haha. Kenal Solid paling best kot aku pernah ada. Haha.
-Cinta pertama @ cinta monyet aku la kot. Mase ni aku sangap sangat kot. Tapi semuanya tak berkekalan. Pergh, sedih jugak ah mase ni. Rasa dipermainkan. Akhirnya aku bangkit balik dari kejatuhan. (gile ah macam cerita lak aku bagitaw ni.) And maybe aku tak caya lagi kot dengan cinta monyet ni. Haha
-Dapat tawaran belajar kat luar negara. Punya la seronok, sebab family aku sorang pun x dapat lanjutkan pelajaran kat luar negara. Hampir2 pun abang aku nak dapat fly ke Jepun. Tapi malangnya keputusan kurang memuaskan lak.
-Rasanya jatuh cinta dengan member aku sendiri kot. Luahkan hati pun tak diterima, so aku rasa aku perlu tunggu sehingga masa yang sesuai la kot. Haha. Mungkin ada rezeki jadikan dia isteri terus kot. Bertekad ni :P
20 tahun dan keatas?? :
Semuanya aku berserah kepada Allah SWT atas takdir aku. Bersyukur kepadaNya atas nikmat hidup aku kot selama 20 tahun ni. Lepas ni aku tak mahu tahu pasal hidup aku, cuma aku ada harapan yang aku tak harapkan ianya menjadi kenyataan, tapi setakat benda itu menjadi, doaku menjadi makbul. Antaranya:
1)Dapat kerja yang bagus2,kalau boleh syarikat yang gempak2 ah.
2)Kumpul duit (paling penting ni, pencetus kepada kehidupan aku)
3)Kahwin (ada jodoh dengan budak aku jatuh cinta ni. Mula dah jiwang aku ni. =_=")
4) Anak (ntah, aku rasa macam xsabar nak ada anak sendiri, sebab aku tengok abang ipar aku seronok je ada anak. LOL)
5)Tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak, bapa, rakyat yang beriman dan beramal kepada Tuhan.
6)Berbakti dengan mak abah (antara list yang wajib aku lakukan) dsb.
So, apa yang sudah berlaku dalam hidup anda? Mungkin ada yang begitu baik dan sebaliknya. Tapi apa yang penting, yang buruk tu kita jadikan ianya sebagai sempadan, dan yang baik itu kita teruskan. :D (agak2nya kalo otak aku ni Buffalo HD macam Zul Baby 2 aku da leh wat movie da kot pasal hidup aku ni.. Haha!)
Chiao!
PS: Aku rasa macam nak letak je gambar aku mase kecik2. Tapi takda scanner la plak. Insya allah ada rezeki aku letak ah. Muka aku comel kot, sampai sekarang lagi comel. HAHA! (And sorry takda gambar dalam post ni sebab malas nak letak. :P)
Sharing is caring. Share this article now!

haha atuk! terbaik la wok!! name gua terpampang famous dowh..aww!bangge ngn lu...tp,siyes ko da ade prasaan nak ade anak???ouch!